MISS J tak faham dengan perangai segelintir pihak yang suka sangat melaga-lagakan Sherry Ibrahim dengan bekas kekasihnya, aktor Fattah Amin.
Sedangkan semua orang tahu kisah cinta agung mereka sudah pun berakhir. Bukan sebulan dua mereka putus tapi sudah hampir lima bulan berlalu.
Sudah basi pun cerita mereka. Jadi tak perlulah senang-senang nak memetik nama Sherry atau mengaitkan pelakon bertudung manis itu dengan Fattah yang sudah pun menjadi kisah silamnya.
Sherry kini sudah pun mempunyai kehidupan baharu.
Dia pun sibuk dengan perniagaan kecantikannya selain penggambaran drama. Jadi tak ada masa nak fikir perkara yang lepas-lepas.
Lebih-lebih lagi untuk memikirkan kisah cinta baharu Fattah yang konon-kononnya sedang hangat berputik dengan pelakon manis Neelofa.
Miss J yakin sangat yang Sherry langsung tak pedulikan tentang itu.
Miss J juga rasa tak adil kalau pihak tertentu dengan sengaja mengaitkan Sherry dengan kisah cinta Fattah-Neelofa yang belum pasti itu.
Sedangkan hakikatnya belum sahih pun Fattah dan Neelofa itu pasangan kekasih.
Lainlah dalam drama Suri Hati Mr. Pilot. Itu betullah mereka jadi pasangan kekasih.
Sebab selama ini pun, Miss J tak pernah lagi mendengar kenyataan rasmi daripada Fattah mahu pun Neelofa yang mereka sedang bercinta.
Yang sibuk-sibuk suka sangat Fattah dan Neelofa bercinta ini adalah peminat kedua-dua pasangan pelakon itu.
Punca utamanya - drama Suri Hati Mr. Pilot.
Oleh sebab drama itu, Fattah dan Neelofa kemudiannya digembar-gemburkan sedang hangat bercinta. Pengarah drama itu, Michael Ang pun satu. Saja nak bikin gempak.
Tiba-tiba saja Michael Ang mengesahkan Fattah dan Neeloga bercinta. Peminat yang tak tahu usul periksa pun terus percaya.
Padahal semua kemesraan yang dipaparkan di khalayak itu hanya wayang semata-mata.
Itu adalah strategi pemasaran pihak produksi dan stesen televisyen untuk memastikan rating drama itu tinggi.
Apapun, Miss J nak beritahu yang babak-babak kemesraan Neelofa dengan Fattah dalam drama itu terutama babak tidur sekatil itu telah pun mencetuskan api kemarahan kaum lelaki.
Dengarnya ada yang cemburu melihat Fattah berpeluang duduk rapat dan merenung wajah cantik Neelofa dalam drama berkenaan.
Beruntunglah agaknya Fattah sebab tak ramai pelakon lelaki dapat peluang itu.